| Rintihanku |

Pandulah Aku Menjadi Wanita Solehah :)

Friday 11 May 2012

JODOH ??




JODOH adalah rahsia Allah, kita MERANCANG dan Allah pun turut sama merancang. Cuma kadang-kadang aku TAKUT dengan RENCANA Allah.

Sebab apa?

Sebab aku TIDAK PERNAH tahu apa yang bakal berada di hadapanku kelak, dan apa PENGAKHIRAN yang Allah inginkan buatku, buat hidupku. Tiba-tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri. Buat apa terlalu memikirkan sangat? Kita LALUILAH kehidupan seperti biasa. Permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak. 

BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup kita. Belum dikatakan dia JODOH kita selagi ‘AKAD’ tidak TERTUNAI. 

Kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi. 
Sweet kan perancangan Allah?

If Allah dah tulis orang tu bukan jodoh kite, memang bukan jodoh kite.
If Allah dah tulis orang tu jodoh kite, tetap akan jadi jodoh kite, milik kite! 

Kerana ape? 

Kerana tulung rusuk dan pemiliknye takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya yang double triple luas! :)

Wednesday 9 May 2012

PANDANGLAH SEGALA YANG MANIS



Hye, Assalamualaikum :)




Terkadang hati merintih, tatkala ujian dan dugaan datang menghempas hati umpama ombak tinggi yang mengganas, menjadikan hati berkecai bagaikan pecahnya kaca, berdebu menjadi halusnya pasir. Saat diri terkapai-kapai mencari kekuatan, air mata mengalir tiada hentinya, seseolah menggambarkan hati yang begitu lemah, terdampar tanpa secebis kekuatan.

Merintihlah jiwa :'))

"Ya Allah. Aku tidak mahu mengalirkan air mata. Bukan kerana aku tiada mahu menangis semata-mata. Atau jua kepedihan hati itu sedikit cuma. Namun aku bimbang. Andai tangisan membuatkan aku terlemah. Saat aku mendaki tangga kekuatan''.

Wahai hati yang bersedih!!!!

“Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu, dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur,” (Al-‘Araf:144)

Walau begitu sukar manapun hidupmu hari ini, bersyukurlah, sekurang-kurangnya dirimu masih mempunyai sepasang mata, dua telinga, sepasang tangan, dilengkapi sepuluh jari.

Andai semua itu ingin ditukar dengan wang jutaan nilainya sekalipun, takkan pernah ia mampu membayar nilai harga yang sama dengan segala nikmat itu semua.

Bersyukurlah wahai hati! Bersyukurlah wahai hati! Bersyukurlah wahai hati!

Pandanglah segala yang manis dalam hidupmu. Usah digusarkan segala kepedihan hari ini. Hidupmu itu lebih banyak manisnya dari semua yang pahit.

Senyumlah wahai hati. Usah dicari segala kekurangan dan kesedihan dan hidupmu. Terangilah jiwamu dengan segala indahnya kehidupanmu. Dilahirkan sempurna, mempunyai insan-insan tercinta, kejayaan yang pernah dilakar, dan yang paling utama, nikmat iman dan islam masih lagi bersamamu!

Bersyukurlah dengan segala yang Allah berikan kepadamu. Nescaya kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Nescaya kamu akan menjadi orang yang paling bahagia.

~ InsyaAllah ~


Thursday 15 December 2011

MUHASABAH DIRI



Manusia kebanyakannya akan menikmati hidup didunia dengan sepenuhnya.
Tapi, bile je berkaitan dengan nikmat untuk akhirat, kebanyakan daripada kita semua sering ketinggalan lagi, bukan anda sahaja.
Saya pun sama. hihi. Sebab tu lah kita sepatutnya selalu muhasabah diri kita tentang apa yang dah kita buat dalam hidup.
 Muhasabah diri kita tiap2 hari paling bagus sebelum tidur, tanya diri sendiri "apa yang dah aku buat hari ni? ". Baik ke buruk? Berapa banyak amalan aku hari ni?
 Dan bla..bla..bla.. lagi lah :)

Ni tak, sebelum tidur bergayut dengan pakwe!
ops!! siapa makan cili dia yang rase pedas. HEHE =p

Saya ada terbaca artikel, mengatakan sebelum tido jugak kita sepatutnya memaafkan semua orang yang telah melakukan kesilapan terhadap kita.
Persoalannya! Mampukah saya?
InsyaAllah, jika hati ikhlas, jika itu mampu menjadikan seorang insan yang mulia,
 saya ikhlas untuk memaafkan.
Terima kasih untuk artikel tu.
(Mintak maaf lah yer, takleh nak linkkan kat sini , saya dah lupa saya baca kat mane heehe)


Pointnya kat sini nak highlight, cubalah untuk memaafkan
orang lain even dia ada banyak buat silap dengan kita.
Siapa lah kita nak judge dia kan. Serahkan semua tu kepada Allah swt.
Sesengguhnya DIA MAHA layak selayak-layaknya dalam penentuan semua tuh.
Biar orang aniaya kita, asalkan jangan aniaya orang.
InsyaAllah, semua okey!!

ALLAH YANG MAHA ESA, PENGASIH & PENYAYANG


Friday 9 December 2011

RESULT ~

Keputusan Peperiksaan Akhir Jun-Dis 2011 Isnin?

Can someone confirm this? Tadi masa syok-syok layan Facebook, terbaca satu status ni yang menyatakan result final exam Jun-Dis 2011 keluar pada 12 Disember iaitu Isnin ni. Sedap tarikh dia. Betul ke? Bila tanya member-member, diorang sendiri pun kata tarikh yang sama. Risau sungguh, mintak-mintaklah result aku mencapai target. Dahla first sem aku frust. Takkan sem nih nak frust lagi? hehe.


Gred

Pesan pada diri :
Allah takkan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupan nya :)

SAHABAT ~




Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi. Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :


Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.


Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.


Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.


TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati.
Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN.
Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA.
Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI.
Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI.
Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.

Thursday 8 December 2011

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ” – Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB:

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ” – Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB:

“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman. ” – Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA
QURAN MENJAWAB:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk ” – Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?” – Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB:

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!
QURAN MENJAWAB:

“.. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir. ” – Surah Yusuf ayat 12


 Sungguh kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNYA. DIA memberi dgn hikmah, apa yg PERLU bukan apa yg kita MAHU. Ketentuan ALLAH sudah cukup sempurna, jgn cemarkannya dgn secalit keraguan.

Friday 10 June 2011

Wanita :)


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa


Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan