| Rintihanku |

Pandulah Aku Menjadi Wanita Solehah :)

Wednesday 9 May 2012

PANDANGLAH SEGALA YANG MANIS



Hye, Assalamualaikum :)




Terkadang hati merintih, tatkala ujian dan dugaan datang menghempas hati umpama ombak tinggi yang mengganas, menjadikan hati berkecai bagaikan pecahnya kaca, berdebu menjadi halusnya pasir. Saat diri terkapai-kapai mencari kekuatan, air mata mengalir tiada hentinya, seseolah menggambarkan hati yang begitu lemah, terdampar tanpa secebis kekuatan.

Merintihlah jiwa :'))

"Ya Allah. Aku tidak mahu mengalirkan air mata. Bukan kerana aku tiada mahu menangis semata-mata. Atau jua kepedihan hati itu sedikit cuma. Namun aku bimbang. Andai tangisan membuatkan aku terlemah. Saat aku mendaki tangga kekuatan''.

Wahai hati yang bersedih!!!!

“Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu, dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur,” (Al-‘Araf:144)

Walau begitu sukar manapun hidupmu hari ini, bersyukurlah, sekurang-kurangnya dirimu masih mempunyai sepasang mata, dua telinga, sepasang tangan, dilengkapi sepuluh jari.

Andai semua itu ingin ditukar dengan wang jutaan nilainya sekalipun, takkan pernah ia mampu membayar nilai harga yang sama dengan segala nikmat itu semua.

Bersyukurlah wahai hati! Bersyukurlah wahai hati! Bersyukurlah wahai hati!

Pandanglah segala yang manis dalam hidupmu. Usah digusarkan segala kepedihan hari ini. Hidupmu itu lebih banyak manisnya dari semua yang pahit.

Senyumlah wahai hati. Usah dicari segala kekurangan dan kesedihan dan hidupmu. Terangilah jiwamu dengan segala indahnya kehidupanmu. Dilahirkan sempurna, mempunyai insan-insan tercinta, kejayaan yang pernah dilakar, dan yang paling utama, nikmat iman dan islam masih lagi bersamamu!

Bersyukurlah dengan segala yang Allah berikan kepadamu. Nescaya kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Nescaya kamu akan menjadi orang yang paling bahagia.

~ InsyaAllah ~